Kucing buta ada 81,000 pengikut Instagram

 

Seekor ku­cing tanpa bulu yang hilang ­kedua-dua bebola mata akibat jangkitan virus herpes beberapa tahun lalu kini semakin popular di ­Instagram, lapor Daily Mail baru-baru ini.

Kucing jantan yang ­dinamakan Jasper itu mempunyai ­lebih 81,000 pengikut di akaun ­Instagram @jazzy.purs dan lebih 50,000 peminat di TikTok.

Pemiliknya, Kelli berkata, dia memelihara Jasper semasa ia berusia dua tahun dan mereka tinggal bersama selama 10 tahun di Maine, Amerika Syarikat.

“Pada awalnya, Jasper sama seperti kucing lain. Dia sihat ­sebelum dijangkiti virus herpes hingga matanya kerap berair,” ­katanya.

Keadaan itu ­menyebabkan kucing itu menghidap ­ulser ­kornea pada mata kanan, ­November 2013 dan ­doktor ­veterinar terpaksa ­membuang bebola mata itu untuk ­menyelamatkannya.

Selepas beberapa tahun, mata kiri Jasper diserang penyakit sama dan akhirnya terpaksa hidup tanpa bebola mata.

“Pada April 2019, Jasper ­menerima ujian baharu apabila diserang strok dan dilihat sukar untuk sembuh,” kata Kelli kepada portal Today.com.

Rata-rata peminat Jasper di Instagram menganggap kucing itu sebagai haiwan yang amat ­istimewa.

“Hati saya cair melihatnya,” kata seorang peminat.

Seorang lagi peminat menyatakan Jasper kelihatan seperti dekorasi Halloween dan tetap menarik. 

Sumber: Agensi

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)

Blogger Informasi

Post a Comment

Previous Post Next Post